Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh..
Alhamdulillah..dapat juga admin register blog khas Penubuhan Sekolah Rendah Islam Al-Fateh (SRI Al-Fateh) untuk menghimpunkan segala maklumat dan komunikasi kepada seluruh warga Tawau khususnya untuk mengenali SRI Al-Fateh lebih dekat lagi. InsyaAllah kami sangat komited untuk menyediakan satu Pusat Pendidikan Islam yang lengkap bagi melahirkan anak-anak yang bukan hanya bijak pandai dalam akademik, malah tinggi nilai ketaqwaannya..InsyaAllah..
Untuk pengetahuan semua, SRI Al-Fateh dalam proses melengkapkan penubuhannya dari segi perlesenan, logo, publisiti dan sebagainya sebagai persediaan untuk beroperasi pada tahun hadapan, Januari 2014..insyaAllah. Sebagai permulaan, SRI Al-Fateh hanya menyediakan tempat untuk para pelajar Tahun 1 2014 ataupun mereka yang lahir pada tahun 2007.
Di bawah ini, admin publish gambar-gambar lokasi bangunan SRI Al-Fateh, Bandar Sri Indah, Batu 10 Jalan Apas, Tawau, Sabah.
Pandangan Hadapan (Papan Tanda masih dalam proses pembikinan) |
Tingkat Bawah Ruang Pejabat sebagai Pusat Pentadbiran |
Tandas (Tingkat Bawah) |
Ruang Untuk Bilik Darjah |
Ruang untuk Surau(Tingkat Atas) |
Ruang Untuk Bilik Qailullah Muslimah |
Blok sewaan SRI Al-Fateh ini akan diubahsuai untuk memisahkan bahagian-bahagian agar sesi pembelajaran dan pengajaran dapat dijalankan dengan lancar, selesa dan penuh kondusif.
Kami di pihak Lembaga Sekolah amat mengalu-alukan sumbangan/infaq tuan-tuan dan puan-puan bagi menambah dana untuk pengurusan dan pembangunan sekolah. InsyaAllah.. Sokongan anda amat kami hargai dan hanya Allah sahaja yang layak untuk membalasnya.
Wassalam :)
No comments:
Post a Comment