Syarat-syarat pemohon :
1) Memiliki kelayakan sekurang-kurangnya STPM/Diploma dalam bidang-bidang berkaitan bagi jawatan guru. Bagi jawatan kerani, SPM atau setara dengannya mungkin dipertimbangkan
2) Memiliki keperibadian Islam dari sudut akhlak dan cara berpakaian.
3) Menyukai dan menyayangi kanak-kanak yang akan dididik mengikut acuan Islam.
4) Mengutamakan dan menjadikan Islam sebagai prinsip kehidupan.
5) Mempunyai kesungguhan dan keazaman yang tinggi untuk mempelajari perkara-perkara berkaitan dengan pekerjaan tanpa sentiasa diarah atau dikerah.
6) Jujur dan amanah terhadap tugas dan kewajipan yang akan diberikan.
7) Tidak melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti luar yang menyalahi peraturan & hukum Islam.
Powered byEMF Form Builder
Sila lampirkan dokumen-dokumen berikut semasa sesi temuduga:
1 Keping gambar berukuran pasport
1 Salinan kad pengenalan
1 Salinan Sijil Lahir
1 Salinan Sijil SPM/SPMV atau yang setara
1 Salinan Sijil STPM/STAM atau yang setara (Jika ada)
1 Salinan Diploma/Ijazah
TARIKH TUTUP PERMOHONAN IALAH PADA 31 JULAI 2014.
**Setiap permohonan akan disemak dan diteliti untuk panggilan temuduga.
Terima kasih.
No comments:
Post a Comment