Sekolah Rendah Islam Al-Fateh
(SRI Al-Fateh), Tawau, Sabah ini merupakan kesinambungan daripada penubuhan Sekolah
Rendah Islam Al-Hafidz (SRI Al-Hafidz) yang terletak di Kota Kinabalu, Sabah.
Penubuhan SRI Al-Fateh ini sangat penting bagi memastikan generasi pada masa
hadapan khususnya masyarakat Tawau mempunyai peluang untuk mendapat pendidikan
Al-Quran dan akademik secara menyeluruh dan bersepadu. Hal ini amat betepatan
dengan kesyumulan Islam itu sendiri yang meliputi segenap sistem kehidupan dan
mementingkan keseimbangan dunia dan akhirat.
SRI Al-Fateh ini juga ditubuhkan sebagai salah satu
langkah dalam membina insan yang bertaqwa dan berkualiti. Apa yang diharapkan
agar sekolah ini dapat menjadi pusat pendidikan seawal usia sekolah rendah
untuk melahirkan generasi pelapis para ulama dan pakar-pakar dalam
bidang-bidang keduniaan yang sangat menekankan aspek akhlak dan kerohanian.
MATLAMAT
BUDAYA KECIL SRI AL-FATEH
SRI Al-Fateh berusaha mewujudkan dan mengimplimentasikan budaya kecil yang berlandaskan:
KONSEP ASAS SRI AL-FATEH
SRI AL-Fateh diasaskan kepada konsep “pendidikan Islam bersepadu” di mana kurikulum penghafalan Al-Quran adalah teras, dengan diimbangi subjek akademik sebagai persediaan pelajar yang akan menduduki UPSR. Pelajar juga diajar subjek Bahasa Arab dan Ulum Al-Syariah seperti yang diajar di Sekolah Rendah Islam yang lain.
LULUSAN SRI AL-FATEH
Lulusan SRI Al-Fateh dibentuk agar mampu memaparkan imej berikut:
1) Komited kepada agama.
2) Berpersonaliti Muslim sejati.
3) Arif ilmu Al-Quran di samping tidak jahil ilmu dan kemahiran duniawi.
KAMPUS SRI AL-FATEH
Keseluruhan pembelajaran SRI Al-Fateh diadakan di kelas yang diubahsuai dari sebuah bangunan kedai dua tingkat yang terletak di Bandar Sri Indah, Tawau, Sabah. Manakala, para pelajar akan hadir untuk belajar dari Subuh sehingga jam 5 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat.
- Melahirkan para hafiz yang berakhlak mulia, serba boleh dan berketerampilan.
- Menjadi empayar Pusat Kejayaan Al-Quran di dunia dan akhirat (Qur’anic Center for Success).
BUDAYA KECIL SRI AL-FATEH
SRI Al-Fateh berusaha mewujudkan dan mengimplimentasikan budaya kecil yang berlandaskan:
- Kecintaan yang mendalam terhadap agama Islam.
- Kasih sayang dan kemesraan.
- Berakhlak mulia dan hormat menghormati.
- Persekitaran yang sentiasa membentuk ketakwaan.
- Kecintaan yang mendalam terhadap ilmu
- Menyuburkan minat untuk menyumbang ke arah pembangunan umat berlandaskan syariat Islam.
KONSEP ASAS SRI AL-FATEH
SRI AL-Fateh diasaskan kepada konsep “pendidikan Islam bersepadu” di mana kurikulum penghafalan Al-Quran adalah teras, dengan diimbangi subjek akademik sebagai persediaan pelajar yang akan menduduki UPSR. Pelajar juga diajar subjek Bahasa Arab dan Ulum Al-Syariah seperti yang diajar di Sekolah Rendah Islam yang lain.
LULUSAN SRI AL-FATEH
Lulusan SRI Al-Fateh dibentuk agar mampu memaparkan imej berikut:
1) Komited kepada agama.
2) Berpersonaliti Muslim sejati.
3) Arif ilmu Al-Quran di samping tidak jahil ilmu dan kemahiran duniawi.
- Memiliki keupayaan dan kemahiran memimpin.
- Bijak berpidato, menguasai dengan baik Bahasa Arab, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.
- Menjadi pemimpin yang mendokong syariat Islam.
KAMPUS SRI AL-FATEH
Keseluruhan pembelajaran SRI Al-Fateh diadakan di kelas yang diubahsuai dari sebuah bangunan kedai dua tingkat yang terletak di Bandar Sri Indah, Tawau, Sabah. Manakala, para pelajar akan hadir untuk belajar dari Subuh sehingga jam 5 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat.
HALUAN LULUSAN
Ke manakah pelajar SRI Al-Fateh selepas ini?
1. Sekolah Menengah Agama Toh Puan Hajjah Rahmah, Kota Kinabalu
2. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (Seluruh Negara)
3. Sekolah Menengah Kebangsaan Kerajaan (Seluruh Negara)
4. Maahad Tahfiz Sains Kelantan
Alhamdulillah sekolah ini berada d BSI insyaallah adik saya dapat belajar d sana tahun hadapan.
ReplyDelete