Thursday 13 February 2014

PERARAKAN MAULIDURRASUL SAW 1435H/2014M

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Pada 14 Januari yang lepas, SRI Al-Fateh turut serta berarak sempena sambutan maulidurrasul saw peringkat Negeri Sabah yang diadakan di Tawau selaku tuan rumah sambutan maulidurrasul saw tersebut.  Walaupun SRI Al-Fateh masih di awal usia, namun berkat kesungguhan dan komitmen para ibubapa, guru-guru dan juga para pelajar, SRI Al-Fateh dapat juga menamatkan perjalanan semasa perarakan pada hari tersebut. Di bawah ini, antara gambar-gambar yang sempat dirakam semasa sambutan Maulidurrasul tersebut.






Thursday 12 December 2013

PROGRAM JUALAN WAQAF SRI AL-FATEH

Assalamualaikum Warahatullahi Wabarakatuh...

Alhamduillah..admin berpeluang untuk upload gambar-gambar jualan waqaf ini untuk para dermawan yang berhati mulia sekalian sama-sama mengambil peluang hebat ini. Mungkin tidaklah diketahui oleh para makhluk tetapi insyaAllah ganjaran hebat yang dijanjikan Allah pasti menanti buat para dermawan sekalian.

Program Jualan Waqaf Sekolah Rendah Islam Al-Fateh ini dilancarkan bagi membuka saluran kepada yang ingin menghulur sumbangan berbentuk khusus untuk diwaqafkan. Item-item dalam program ini adalah merupakan kelengkapan sekolah yang akan dimanfaatkan oleh para pelajar SRI Al-Fateh untuk menuntut ilmu..Yakinlah bahawa, Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya: "Apabila seseorang itu meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali dari tiga perkara, iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakan untuknya" (Hadis riwayat Muslim)

Justeru, marilah kita berama-sama tolong-menolong ke arah kebaikan sepertimana firman Allah swt yang maksudnya : "Dan bertolong-tolonglah kamu dalam perkara-perkara kebaikan, dan jangan pula engkau bertolong-tolong dalam perkara mungkar” (Al-Maidah: 2).

****Untuk menyertai program ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:

1) Bank in/Transfer wang (mengikut harga waqaf setiap item dalam gambar) ke dalam akaun SRI Al-Fateh di nombor 1002 0000 149 711 (BANK MUAMALAT)

2) EMEL/SMS/WHATSAPP >>> NAMA,ALAMAT, NO FON, ITEM WAQAF, AMAUN YANG DIMASUKKAN ke nombor 013-8848348 (Puan Nurhashimah)
*untuk tujuan pemberian sijil

3)Anda akan menerima maklumbalas pihak kami & pengeposan sijil anda akan dilakukan secepat mungkin. InsyaAllah..

Mudah-mudahan rahmat Allah swt sentiasa memayungi para dermawan yang berhati mulia sekalian..Terima kasih :)












CATATAN PENUBUHAN SIRI 2

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Alhamdulillah..syukur ke hadrat Allah swt, dengan izinNya jua, penubuhan SRI Al-Fateh giat dijalankan. Album ini merakamkan detik-detik bersejarah tertubuhnya sebuah sekolah yang bakal melahirkan para huffaz yang profesional InsyaAllah..

Daripada proses membuat dinding dan pintu sekolah, pendawaian elektrik, cat, pembinaan partition dan sehinggalah benar-benar cukup untuk menjadi tempat para murid menuntut ilmu..akan terus diusahakan..insyaAllah :)

Apa yang menarik tentang SRI Al-Fateh ni, daripada awal penubuhannya adalah menggunakan duit sumbangan para ahli lembaga (pada mulanya) kemudian daripada kutipan-kutipan derma daripada masyarakat seluruh negara :)

InsyaAllah..Jangan ragu untuk menyalurkan sumbangan anda di sini..pasti dimanfaat dan bermanfaat..dunia berkat akhirat selamat insyaAllah..


Jom lihat  gambar2 di bawah..bagaimana detik2 bersejarah penubuhan SRI Al-fateh demi kelangsungan dakwah di bumi Sabah yang tercinta ini :)






 

 
 




SRI Al-Fateh amat memerlukan sumbangan terutama dari segi kelengkapan kerusi meja, almari, komputer dan sebagainya. Sesiapa yang berminat untuk memberi sumbangan boleh terus hubungi kami melalui emel ataupun SMS/Whatsapp. Syukron jazilan :)

Saturday 12 October 2013

BORANG PENDAFTARAN

Sila muat turun borang di sini.

Anda mungkin akan terlihat seperti gambar diatas. Klik Download untuk muat turun.

Saturday 21 September 2013

Catatan Penubuhan Sekolah Rendah Islam

Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh..

Alhamdulillah..dapat juga admin register blog khas Penubuhan Sekolah Rendah Islam Al-Fateh (SRI Al-Fateh) untuk menghimpunkan segala maklumat dan komunikasi kepada seluruh warga Tawau khususnya untuk mengenali SRI Al-Fateh lebih dekat lagi. InsyaAllah kami sangat komited untuk menyediakan satu Pusat Pendidikan Islam yang lengkap bagi melahirkan anak-anak yang bukan hanya bijak pandai dalam akademik, malah tinggi nilai ketaqwaannya..InsyaAllah..

               Untuk pengetahuan semua, SRI Al-Fateh dalam proses melengkapkan penubuhannya dari segi perlesenan, logo, publisiti dan sebagainya sebagai persediaan untuk beroperasi pada tahun hadapan, Januari 2014..insyaAllah. Sebagai permulaan, SRI Al-Fateh hanya menyediakan tempat untuk para pelajar Tahun 1 2014 ataupun mereka yang lahir pada tahun 2007. 

Di bawah ini, admin publish gambar-gambar lokasi bangunan SRI Al-Fateh, Bandar Sri Indah, Batu 10 Jalan Apas, Tawau, Sabah.
Pandangan Hadapan (Papan Tanda masih dalam proses pembikinan)

Tingkat Bawah Ruang Pejabat sebagai Pusat Pentadbiran

Tandas (Tingkat Bawah)

Ruang Untuk Bilik Darjah


Ruang untuk Surau(Tingkat Atas)

Ruang Untuk Bilik Qailullah Muslimah


Blok sewaan SRI Al-Fateh ini akan diubahsuai untuk memisahkan bahagian-bahagian agar sesi pembelajaran dan pengajaran dapat dijalankan dengan lancar, selesa dan penuh kondusif. 
Kami di pihak Lembaga Sekolah amat mengalu-alukan sumbangan/infaq tuan-tuan dan puan-puan bagi menambah dana untuk pengurusan dan pembangunan sekolah. InsyaAllah.. Sokongan anda amat kami hargai dan hanya Allah sahaja yang layak untuk membalasnya.

Wassalam :)